Aku Tidak Lewat Lagi :-)
Thursday, March 13th, 2008 Dulu aku sering kali lewat pergi ke kuliah. Sampai lecturer² naik fade-up dengan aku. Berbagai alasan yang aku diberikan, namun ianya langsung dianggap tak relevan oleh lecturer. “Kalau begini sikap kamu yang suka datang lewat, kamu akan lewat juga walaupun dah bekerja,” sumpah seranah seorang lecturer tu. Aku mendengar saja, bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bagaikan juga air dicurah di daun keladi.
Namun begitu, aku rasa sumpahan itu tak menjadi pada aku. Mungkin mulutnya tak begitu masin walaupun makan nasi goreng ikan masin. Ini kerana aku sudah sedar atas kesilapan dulu, lalu aku beli sebuah jam loceng yang comel di sebuah gedung membeli-belah yang terkemuka di Johor Bahru, City Square. Malah telefon bimbit aku juga, aku sudah tetapkan waktu untuk berdering. Seawal jam 0630, aku sudah berangkat ke tempat kerja, bagi mengelakkan kesesakkan lalulintas.
Rekod kedatangan aku kini bertambah baik. Malah ketua bahagian aku memuji aku, lantas mencalonkan aku untuk menjadi pekerja terbaik untuk syarikat. Aku tersenyum saja, bila mengenangkan kembali sejarah silam terdahulu. Biarlah ianya tersimpan dalam lipatan sejarah. Never ever be a same again! J